[RASMI] : Bantuan Khas RM500 Untuk Golongan B40 2021


Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tambahan sebanyak RM500 untuk golongan B40 dan penerima BPR melalui program PEMERKASA. 


BANTUAN KHAS RM500 UNTUK B40


Untuk makluman, Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau lebih dikenali sebagai PEMERKASA telah diperkenalkan sebentar tadi bagi membantu golongan B40 yang masih terjejas ketika PKP ini yang berumur 21 hingga 60 tahun. 


Selain itu, Bantuan Khas (tambahan) RM500 ini akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah dan juga mereka yang telah kehilangan punca pendapatan. 


SYARAT KELAYAKAN


Antara syarat kelayakannya untuk menerima bantuan tambahan RM500 ini adalah:

  1. Rakyat Malaysia yang berumur 21 hingga 60 tahun
  2. Terdiri daripada golongan B40
  3. Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah atau 
  4. Kehilangan punca pendapatan

CARA MEMOHON

Untuk bantuan ini, tiada proses permohonan dan pendaftaran yang perlu dilakukan. Sebaliknya pihak kerajaan akan melakukan pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan melalui sistem LHDN, KWSP dan PERKESO. 

Bagi mereka yang layak akan mula menerima pembayaran bermula pada Jun 2021 yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. 

Post a comment

2 Comments

  1. Kalau tiada akaun bank (freeze account) bagai mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada account pun mungkin you takkan dapat

      Delete