[TERKINI] : Cara Mohon Bantuan JKM Warga Emas RM500 Sebulan Tahun 2021



Untuk makluman, melalui Belanjawan 2021 yang lalu Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang merupakan menteri kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Kebajikan Orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Untuk pengetahuan anda semua, bantuan warga emas di negara Malaysia akan diuruskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini diberikan kepada golongan warga emas yang layak adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. 


SYARAT KELAYAKAN


Orang tua ataupun warga emas yang ingin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Pemohon adalah merupakan seorang warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberikan kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau 
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA MEMOHON

Untuk melakukan permohonan, sila ikuti segala langkah yang telah dinyatakan di bawah ini:

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan kad pengenalan diri pemohon. 
2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama. 
3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
4. Salinan penyata gaji (jika ada).
5. Lain-lain dokumen yang berkaitan. 

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN LANJUT

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

No. Tel : 03-8000 8000

Post a Comment

0 Comments