[TERKINI] : Cara Pembayaran RM500 Untuk Golongan B40 Dan Penerima BPR


 

Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah mengumumkan satu pakej bantuan yang dinamakan sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA).


Salah satu antara tujuan pakej PEMERKASA diadakan adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang masih melanda negara kita pada ketika ini. 


Berikut kami kongsikan kepada anda maklumat terkini tentang bantuan PEMERKASA yang akan diterima oleh golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Semoga bermanfaat untuk kita semua. 


JUMLAH BANTUAN YANG BAKAL DITERIMA

  • Golongan B40 akan menerima bantuan tunai berjumlah sebanyak RM500
  • Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 ke bawah juga menerima bantuan bayaran sebanyak RM500.

MAKLUMAT BANTUAN RM500

Untuk pengetahuan anda, maklumat mengenai bantuan ini hanya layak diterima oleh mereka yang berumur di antara 21 hingga 60 tahun. Para penerima juga tidak perlu untuk melakukan sebarang pendaftaran permohonan. 

Bagi individu yang berstatus bankrap, mereka akan diberikan kelonggaran untuk membuka akaun bank secara online bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang menguruskan kes mereka. 

Bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RM500

Untuk makluman, setakat ini belum ada lagi tarikh spesifik yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan mengenai bayaran bantuan ini. Namun, bayaran bagi bantuan ini dijangka akan disalurkan kepada semua mereka yang layak bermula pada bulan Jun 2021. 

Sebarang perkembangan mengenai tarikh bayaran bantuan ini kami akan kemaskini daripada semasa ke semasa. Pastikan anda sentiasa mengikuti update terbaharu yang kami sediakan di www.epermohonan.com.

SOALAN LAZIM

Perlukah para pemohon membuat permohonan semula? Jika perlu, bagaimana caranya?
- Tidak perlu melakukan sebarang permohonan baharu.

Bagaimanakah pembayaran akan dilakukan?
- Bantuan ini akan dikreditkan dan dibayar secara terus ke dalam akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dilakukan melalui Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

- Ini bermakna anda boleh melakukan semakan status pembayaran apabila tarikh bayaran diumumkan. 
 

Post a Comment

0 Comments