Bayaran i-Sinar Mei 2021 Akan Dilaksanakan Sehingga 11 Mei 2021!

Setelah pembayaran i-Sinar bulan April melabuhkan tirai, kini bersambung pula untuk pembayaran bulan Mei. Untuk pengetahuan anda, bermula sahaja 3 Mei 2021, pembayaran dan pengkreditan bagi i-Sinar KWSP telah dikreditkan ke akaun penerima mengikut kumpulan/ batch masing-masing.

Justeru itu, anda boleh membuat semakan status bayaran terkini melalui i-Akaun.

Tarikh & Tempoh Pengkreditan i-Sinar

Bayaran i-Sinar telah dikreditkan sejak 3 Mei lagi dan akan dibayar secara berperingkat sehingga 11 Mei 2021.

Kepada anda yang tertanya tanya berapa lama masa pengkreditan ke akauan akan diambil, ia mengambil masa dalam 1-5 hari bekerja dan ianya juga bergantung kepada prosedur bank anda.

Kenyataan Media KWSP

i-Sinar Mei 2021


Cara Semak Status Melalui i-Akaun

Anda boleh membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun yang boleh dimuat turun di telefon bimbit anda. Kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran seterusnya.
  1. Sila buka aplikasi i-Akaun di pautan https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang anda daftarkan.
  3. Klik pada bahagian Sejarah Pengeluaran atau Withdrawal History di ruangan yang ada pada sebelah kiri.
  4. Klik pada i-Sinar dalam jadual barisan kedua.
  5. Kemudian, status permohonan i-Sinar anda akan terpapar.
Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh terus menghubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan lazim berkenaan i-Sinar di laman web https://isinar.kwsp.gov.my/

Post a Comment

10 Comments

  1. Tolong lah esok masuk la dalam akuan saya kwsp saya..saya perlukan duit sangat 😭

    ReplyDelete
  2. Tlg la kwsp..masukkan ke dalam akaun saya hari ini...rabu ni dah nk raya..saya perlukan duit..tarikh sepatutnya hari ni..tp check akaun bank x ada masuk pun...tlg la urgent

    ReplyDelete
  3. Sy pnye pn belum masuk lgi isinar nii... Harini dh 13hb 5...pishangggggg

    ReplyDelete
  4. dah 3 bulan mohon cek kt online lulus tapi duit xmasuk cmne cite tu...

    ReplyDelete
  5. Setiap kali cek semakan permohonan anda diluluskan...pastu sudah diterima da berape bulan da xdpt2 macam ni..pihak kwsp tolong semakan semula bagi pihak istri saya

    ReplyDelete
  6. Mana duit kwsp nye hari ini sudah 12 hb .. Masih jugak belom masuk ... Dah lah nak raya dah .. Orang nak pakai duit ... Berapa lama lagi nak kene tunggu ..

    ReplyDelete
  7. Cek da lulus diluluskan tapi duit xmasuk2 penipu ar

    ReplyDelete
  8. Sy punya duit tk dpt jg sampai skrg ini jg

    ReplyDelete
  9. Saya dh dpt keluar..dlm 3300.ada dlm 2000.ssya nk buat rayuan nk buat keluar..dlm 1500.ssya tk ada perkerjaan...skrg..anak2..rumah sewa .hutang..along..lagi. mati..saya..tlg...bagi

    ReplyDelete
  10. Tolong la saya ni sebab nak bagi keluar duit pun rm 500 jak tapi tak dapat

    ReplyDelete