PEMERKASA: Cara Mohon Bantuan RM500 B40 & Penerima BPR Bermula Jun 2021


Lagi berita baik untuk mereka penerima BPR, bantuan sebanyak RM500 secara one-off akan mula diagihkan bermula Jun ini melalui bantuan PEMERKASA.

Untuk makluman, sebanyak RM1.2 billion diperuntukkan oleh kerajaan bagi meringankan beban 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.

Kami akan kongsikan kepada anda maklumat terkini yang kami perolehi mengenai bantuan RM500 one-off ini.

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Sebanyak RM500 Ini?
  • Bantuan ini akan diberikan kepada mereka golongan B40 yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19.
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan RM500 One-Off Untuk B40 & Penerima BPR

Kami kongsikan maklumat mengenai bantuan ini
  • Tiada pendaftaran perlu dibuat untuk menerima bantuan ini.
  • Penerima berumur antara 21-60 tahun.
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKSEO dan KWSP.
  • Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Tarikh Bayaran
  • Bayaran RM500 one-off ini akan dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.
Cara Untuk Permohonan 

Tidak perlu untuk membuat sebarang pendaftaran permohonan.

Anda boleh menyemak akaun anda selepas tarikh pembayaran diumumkan kelak.


Maklumat Tambahan

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88-2747

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum harap saya dapat bantuan sbb saya dekat setahun lebih sdh blm ada kerja

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum harap saya dapat bantuan sbb saya dekat setahun lebih sdh blm ada kerja
    6928016713
    Public bank
    MOHD.AZLAN

    ReplyDelete