Permohonan BPR 2021 Gagal? Permohonan Rayuan Kini Telah Dibuka

Adakah anda sudah menerima status selepas membuat semakan BPR? Permohonan anda TIDAK LULUS / GAGAL? Sila rujuk panduan untuk membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di portal https://bpr.hasil.gov.my/ dengan segera.  

Untuk makluman semua, permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka bermula 15 Jun 2021 - 30 Jun 2021.


Waktu Operasi Kaunter BPR

Waktu Operasi kaunter LHDNM untuk permohonan rayuan BPR adalah seperti yang tertera dibawah :



Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Berikut kami kongsikan perkhidmatan BPR yang disediakan secara janji temu:
  • Permohonan
  • Rayuan
  • Semakan Status / Bayaran
  • Lain-lain
Akan tetapi, pemohon disarankan seelok eloknya untuk menyemak dahulu secara dalam talian. Kerana janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan BPR 2021 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan lanjur oleh pegawai LHDNM.

Tatacara Permohonan e-Janji Temu

Berikut merupakan cara cara untuk membuat e-Janji Temu:

1.Buka laman web BPR https://bpr.hasil.gov.my/
2. Klik pada e-Janji Temu.
3. Isikan maklumat janji temu.

  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • Nombor Telefon

4. Setelah selesai isi maklumat, tekan butang hantar.

Anda disarankan untuk  cetak surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal BPR atau e-mel yang telah didaftarkan untuk dikemukakan semasa hadir ke cawangan LHDNM sebagai bukti janji temu. Gambar dibawah menunjukkan Contoh emel diterima pemohon e-Janji Temu.


Syarat Permohonan Janji Temu 

Berikut dikongsikan syarat-syarat untuk membuat permohonan janji temu:
  • Hanya satu tarikh sahaja yang dibenarkan bagi setiap No Kad Pengenalan pemohon.
  • Kemaskini hanya dibenarkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan untuk tiga orang pemohon.
  • Tidak dibenarkan untuk memohon janji temu bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah diisi sebelum menghantar permohonan.

Cara Pembatalan Dan Penukaran Tarikh Janji Temu

Penukaran dan pembatalan tarikh janji temu hanya boleh dibuat selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh yang telah diplih.

Berikut merupakan cara penukaran tarikh janji temu :


Bagi Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  1. Log masuk di portal BPR.
  2. Lihat pada menu dan klik pada e-Janji Temu.
  3. Klik senarai e-Janji Temu.
  4. Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.

Selain Pemohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • Rujuk pautan pada surat janji temu yang diberikan pada e-mel yang didaftarkan semasa permohonan janji temu dilakukan.
Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan , aduan dan maklumat terkini berkaitan BPR Fasa 2, sila hubungi saluran yang tertera dibawah.


  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my/
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5.00 petang); atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5.00 petang); atau; atau
  • Hadir sendiri ke cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Post a Comment

0 Comments