Bantuan Kanak-Kanak 2021: Maksimum RM1,000 Sebulan


Untuk makluman, Bantuan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun dinaikkan pada tahu 2021 mengikut kelayakan masing-masing.

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Join Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Selain itu, skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Bantuan Kanak-Kanak JKM

Jumlah bantuan lama untuk Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah RM100 sehingga RM450 mengikut jumlah anak.

Objektif
  • Memenuhi keperluan asas bagi meringankan beban penerima bantuan.
  • Alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Jumlah Bantuan Baru Tahun 2021
  • Kanak-kanak berumur 7-18 tahun akan menerima RM150 sebulan seorang.
  • Kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah akan menerima RM200 sebulan seorang.
  • Kadar bayaran bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan.
Syarat Kelayakan

Kriteria khusus bagi mengikut permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah atau Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur di bawah 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Tatacara Permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2021

Untuk permohonan, anda boleh membuat permohonan melalui 2 cara sama ada manual ataupun atas talian. Sila ikuti perkongsian kami.

Permohonan Secara Online

  1. Pergi ke laman web rasmi JKM atau anda boleh ke pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
  2. Sila klik pada menu daftar permohonan atas talian.
  3. Pada halaman seterusnya, pilih negeri dan isi nombor kad pengenalan.
  4. Tekan pada butang daftar.
  5. Isikan maklumat yang berkaitan .
  6. Sila hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berhampiran mengikut daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan beberbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan anda secara automatik.
Senarai Dokumen

Sila bawa dokumen yang disenaraikan semasa hadir ke pejabat JKM:
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa /anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak.
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat).
  • Segala dokumen sokongan yang berkaitan.
Permohonan Secara Manual

Untuk permohonan secara manual, anda boleh hadir ke mana-mana pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Senarai pejabat JKM Negeri & cawangan: Pejabat JKM

Bawa juga borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap. Sila muat turun borang permohonan Bantuan Kanak-Kanak di bawah:

Soalan Lazim

1. Berapakah bantuan permohonan kanak-kanak JKM?
  • Nilai bantuan kewangan untuk kanak-kanak adalah RM150-RM200 seorang. Maksimum bantuan sebanyak RM1,000.
2. Apakah syarat kelayakan bagi bantuan ini?
  • Penjaga atau ibu bapa berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
3. Bagaimanakah cara permohonan Bantuan Kanak-Kanak ini?
  • Untuk memohon bantuan ini, pemohon perlu muat turun borang & bawa dokumen sokongan.




Post a Comment

1 Comments

  1. Nak g pejabat dengan situasi sekarang agak payah tak boleh ke dibuat secara online saja? Tambah lg kalo kita org yang dok jauh Dr pejabat Dan perlu ke bandar menaiki kerenderaan Darat atau laut... Cukup payah.. Harap dipertimbangkan.. Terima kasih

    ReplyDelete