PEMERKASA Tambahan: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan RM500


Pembentangan Bantuan Khas atau dikenali sebagai PEMERKASA Tambahan yang diumumkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa pembentangan pakej bantuan itu, beliau telah mengumumkan beberapa insentif kepada rakyat antaranya ialah penambahan jumlah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).



Baca Juga: 

Amaun Tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa jumlah yang akan diberikan ialah sehingga RM500. Berikut merupakan golongan yang bakal menerima BPR Tambahan:

1. Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • Bantuan tambahan sebanyak RM500
2. Isi Rumah berpendapatan RM2,501 - RM4,000
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300
3. Isi Rumah berpendapatan RM4,001 - RM5,000
  • Bantuan tambahan sebanyak RM300
4. Bujang
  • Bantuan tambahan berjumlah RM100
Tarikh Bayaran BPR Tambahan

Insentif BPR tambahan ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima masing-masing bermula Jun depan.

Buat masa sekarang masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Intipati Bantuan PEMERKASA Tambahan

Ramai di kalangan mereka yang terkesan dengan pelaksanaan 'Total Lockdown' (PKP 3.0) ini terutamanya kepada golongan B40 & M40. Oleh itu, Perdana Menteri telah pun merangka beberapa pelan serta bantuan yang akan diberikan kepada rakyat dengan tujuan untuk meringankan beban rakyat.

Senarai Intipati Bantuan PKP 3.0

Antara intipati bantuan PKP 3.0 adalah:
  • Peruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil
  • Perbelanjaan RM550 juta untuk tangani wabak COVID-19
  • Lantikan sebanyak 14,500 pekerja kontrak petugas kesihatan
  • Mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia
  • Peruntukan RM2.0 Billion untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan
  • BPR Tambahan sehingga RM500 pada bulan Jun
  • Bantuan Moratorium & pembayaran balik kepada B40, hilang pekerjaan & PKS terjejas pada Jun
  • Moratorium automatik selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan
  • Geran Khas Prihatin (GKP) akan ditambah menjadi RM1,500
  • Rayuan tangguh pengenaan penalti LHDN
  • Pengecualian Bayaran Lewat Lesen bagi golongan yang terjejas
  • Akta 829: Membantu Individu & Perniagaan Yang Terjejas
  • Pelaksanaan Diskaun Bil Elektrik 10% kepada 6 sektor: Tambahan 3 bulan (Julai - September 2021)
  • Kempen Pemilikan Rumah (HOC)
  • Lanjutan pengecualian cukai jualan (SST)
  • Para Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan
  • Lanjutan Program Subsidi Upah selama setahun

Post a Comment

0 Comments