TERKINI!!: BANTUAN RM600 UNTUK SEMUA PEKERJA DI MALAYSIA MENERUSI PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)


Kerajaan akan menampung kira kira 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja , selama empat bulan melalui Program Subsidi Upah (PSU) 4.0. Dengan adanya program ini, kerajaan dapat membantu golongan majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Sejak Program Subsidi Upah atau PSU diperkenalkan, pihak kerajaan telahpun membelanjakan lebih 15 bilion ringgit bagi tujuan membantu para majikan membayar gaji kepada sekitar 2.7 juta pekerja. Daripada respon positif yang telah ditunjukkan berhubung dengan program ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan PSU 4.0 dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0 

Melalui inisiatif dan bantuan PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung:

  1. 500 pekerja setiap majikan
  2. Kadar bayaran RM600 setiap pekerja.
  3. Bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Pada sebelum ini pelaksanaan PSU disyaratkan dengan had gaji RM4,000 sahaja, namun melalui PSU 4.0:

  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.
  • Tiada had gaji ditetapkan.
CARA UNTUK MEMOHON

Untuk pengetahuan umum, permohonan mestilah dilakukan oleh pihak majikan. Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 bagi mendapatkan bayaran untuk pekerja boleh ikuti langkah dibawah:

  1. Permohonan boleh dikemukakan secara online – klik DI SINI
  2. Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  3. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Anda boleh merujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 untuk mendapatkan panduan lebih terperinci. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu.







Post a Comment

0 Comments