Cara Memohon Bantuan RM100 Program PRIHATIN Kasih

 

Pelbagai bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan antaranya ialah Program PRIHATIN kasih yang mana bantuan ini disalurkan kepada isi rumah yang miskin bandar . Kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad yang dilaksanakan oleh MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Ekonomi (PEMERKASA).

Tujuan Program ini dijalankan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terkesan dakibat daripada  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Dengan RM100 juta peruntukan, program ini dijangka akan memberi manfaat kepada
 lebih 300,000 isi rumah dibandar bandar utama seluruh negara.

MANFAAT PROGRAM PRIHATIN KASIH

Bayaran akan dikreditkan ke akaun MyKad .

Selama 3 bulan, RM100 sebulan akan diberikan.

Boleh digunakan untuk membeli barang keperluan seperti beras, minyak masak, makanan tin dan pelbagai lagi barang dapur.



LOKASI PEMBELIAN

Bagi penerima yang layak , penerima boleh membeli barangan keperluan di lebih 300 pasar raya dan kedai seluruh negara seperti :
  1. 99 Speedmart
  2. Lotus Stores (Tesco)
  3. Mydin
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Giant
  7. Econsave
  8. Milimewa dan kedai runcit terpilih yang lain
BULAN PELAKSANAAN 

Julai - September 2021 

  1. Selangor 
  2. Kuala Lumpur

Ogos - Oktober 2021

  1. Kelantan
  2. Johor
  3. Pulau Pinang
  4. Kedah
  5. Perlis
  6. Perak
  7. Melaka
  8. Terengganu

September - November 2021 / Oktober - Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)

  1. Negeri Sembilan
  2. Labuan
  3. Pahang
  4. Putrajaya
  5. Sabah
  6. Sarawak
SEMAKAN KELAYAKAN

Langkah untuk menyemak kelayakan Program PRIHATIN Kasih :
  1. Buka laman web My Kasih di  https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx
  2. Masukkan No Kad Pengenalan dan Captcha
  3. Klik "Semak Status"
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  5. Penerima akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka
  6. Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkaitan Program PRIHATIN Kasih, anda boleh rujuk di https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/faq_bm.aspx?lang=ms-MY



Post a Comment

0 Comments