Moratorium: Bayaran Pinjaman Ditangguh Selama 6 Bulan

 



Pembentangan pakej bantuan  Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang  telah disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan tentang moratorium automatik.

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan bayaran pinjaman balik.

Untuk makluman semua, moratorium ini diberikan kepada semua pinjaman bank individu tidak kida dari golongan Usahawan Mikro,T40, M40 dan B40. Kerajaan tidak meletakan sebarang syarat untuk mendapatkan kelulusan ini sebagai contoh pengurangan pendapatan.

Seterusnya, tiada sebarang dokumentasi dan semakan yang perlu dikemukakan kepada bank semasa membuat permohonan.

Namun tetapi, bagi pinjaman di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS), pihak bank akan membuat semakan untuk kelulusan.


PERMOHONAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK 2021

Permohonan akan dibuka kepada semua bermula dari 7 Julai 2021.

ePermohonan masih belum menegtahui sama ada permohonan perlu dibuat secara atas talian ataupun bukan. Untuk anda yang tidak mahu terlepas sebarang info, boleh masuk ke channel telegram  KLIK DISINI


SOALAN LAZIM

1. Adakah permohonan moratorium perlu dibuat ataupun ianya akan diberikan secara automatik?

Permohonan perlu dibuat. Namun, kelulusan akan diberikan secara automatik.

2. Bilakah permohonan moratorium akan dibuka?

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Sumber portalinfo.my 

 

Post a Comment

0 Comments