i-Citra : Bayaran Bulan Pertama Dah Masuk ! Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos 2021

 


Bayaran i-Citra sudah masuk ke akaun penerima secara berperingkat untuk bayaran bulan pertama bermula bulan Ogos. Mengikut kefahaman semua, bermula 20 Ogos 2021, pembayaran i-Citra telah mula dikreditkan. 

Dengan perkara ini , telah melegakan hati setiap pemohonan yang telah membuat permohonan pengeluaram Wang Simpanan milik mereka bagi meringankan beban sedik sebanyak dalam pembelanjaan harian bagi menempuh kelangsungan hidup yang mencabar pada musim pandemik yang sungguh mencabar ini.

Seperti apa yang dilampirkan dibawah, segelintir pemohon telah mendapat pembayaran pemohon telah dikreditkan pembayaran KWSP i-Citra ke dalam akaun mereka.



ePermohonan akan berkongsi cara cara semakan bayaran i-Citra kepada anda.

CARA SEMAKAN TARIKH BAYARAN i-CITRA MELALUI i-AKAUN

Rujuk cara semakan seperti berikut:
  1. Buka applikasi i-Akaun melalui smartphone atau laman web rasmi
  2. Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  3. Login menggunakan ID & Password yang telah anda didaftarkan
  4. Semak pada bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  5. Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  6. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra

TARIKH BAYARAN i-CITRA

Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah 

TARIKH BAYARAN i-CITRA BAGI BULAN-BULAN BERIKUTNYA (JADUAL BULANAN)

Untuk Pengetahuan anda semua, Bayaran i-Citra telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda boleh membuat smakan tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • Sebelum akhir bulan berkenaan
Sebagai makluman, pihak pegawai KWSP juga telah memberi tahu bhawa setiap pemohon boleh membuat semakan status mereka bagi mendapatkan info lanjut dan terkini mengenai pembayaran i-Citra mereka.

Bagi yang ingin menyemak status permohonan i-Citra anda, boleh rujuk 2 kaedah semakan secara online dibawah.

CARA SEMAKAN i-CITRA KWSP

A) MELALUI LAMAN SESAWANG i-CITRA KWSP
  1. Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Boleh menekan menu Semakan Status
  3. Sila masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Boleh tekan pada butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.
B) MELALUI LAMAN SESAWANG I-AKAUN KWSP
  1. Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Boleh log masuk menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
  3. Sila klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS
MAKLUMAT LANJUT

Post a Comment

0 Comments