JPJ - Renew Lesen Memandu & Roadtax Anda Sebelum 30 September, Tiada Lagi Lanjutan.


 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) dilaksanakan, sudah pasti ramai di kalangan kita yang telah menghadapi tarikh luput pada lesen memandu. Ingin renew, kaunter pula yang tidak beroperasi. Boleh pening kepala dibuatnya, nak keluar takut ada sekatan jalan raya. habis kena saman. Sekarang ini anda tidak perlu risau dan jangan pening kepala lagi.

MAKLUMAN TARIKH AKHIR PEMBAHARUAN LMM & LKM (RENEW LESEN & ROAD TAX)

  • Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) (termasuk PSV / GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM mulai dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021.
  • Urusniaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal mySIKAP, atau juga di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu MYEG dan Pos Malaysia (bermula dari 9 Ogos 2021).
  • Pemandu dan pemilik kenderaan diingatkan bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL / PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.
  • Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula dari 1 Oktober 2021.
ePermohonan ingin berkongsi kepada anda berkenaan Renew Lesen Memandu & Roadtax.

Walaubagaimanapun, orang ramai perlu juga memastikan kenderaan anda miliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover note insecurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta untuk pengesahan.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak media JPJ bertarikh 4 Ogos 2021.


PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU & URUSAN JPJ DI KAUNTER PEJABAR POST MALAYSIA BERMULA 9 OGOS 2021

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah berbincang dengan pihak POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia. 

Bermula 9 Ogos 2021 , Sebanyak lebih 650 cawangan Pejabat POS Malaysia di seluruh Malaysia akan memulakan urusniaga JPJ.

Dalam kenyataan tersebut, JPJ juga mengingatkan orang awam agar terus sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melancarkan urusan secara fizikal di kaunter-kaunter berkenaan. 

Orang ramai juga disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui Portal mySIKAP Awam atau menerusi MYEG.

mySIKAP adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Ia tidak terhad renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Bagi urusan di kaunter cawangan JPJ, kehadiran adalah secara temujanji dan kehadiran walk-in adalah tidak dibenarkan.

Sumber portalinfo.my

Post a Comment

0 Comments