PEMERKASA+ : CARA SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR & TARIKH BAYARAN BAGI YANG LULUS RAYUAN BPR

 



Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan secara langsung yang telahpun diumukan dalam Belanjawan 2021, Inisiatif ini memanfaatkan bagi golongan B40.

Fasa satu pembayatan BPR yang berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Bagi sesiapa yang sudah memohon rayuan, anda boleh membuat semakan status tidak lama lagi dan ketahui tarikh bayaran yang lulus rayuan tersebut.

SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Mulai Ogos 2021 anda boleh membuat semakan status rayuan BPR yang telah dihantar melalui pautan seperti berikut:
  1. Sila ke laman web https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Sila pergi ke Menu MyBPR & klik Maklumat Rayuan.
  3. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu yang berkenaan.
TARIKH BAYARAN RAYUAN BPR

Jika RAYUAN BPR ANDA LULUS, anda akan menerima bayaran Bantuan Prihatin Rakyat secara automatik kedalam akaun bank anda pada tarikh yang berikut.

Bulan Ogos 2021
  • BPR Fasa 2: RM400
  • BPR (Tambahan): RM500
Bulan September 2021
  • BPR Fasa 3: RM500 @ RM1,100
SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BPR

Pemohon yang layak mendapatkan kelulusan rayuan BPR adalah
  • Bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; ataupun
  • Bagi pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 & terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan & juga perubahan pendapatan sahaja.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, sila hubungi talian dibawah:

Hotline BPR di 1-800-88-2747

Alamat emel bpr@treasury.gov.my.



Post a Comment

0 Comments